Skip to main content

Dunia

Presiden Korea Selatan pertahan keputusan tambah siswa perubatan sedang mogok masuk hari ketujuh

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Korea Selatan pertahan keputusan tambah siswa perubatan sedang mogok masuk hari ketujuh

Gambar: Jung Yeon-je/AFP

Diterbitkan : 26 Feb 2024 08:57AM Dikemas Kini : 26 Feb 2024 08:58AM
SEOUL: Mogok yang dilancarkan oleh para doktor di Korea Selatan masuk hari ketujuh pada pada Isnin (26 Feb).

Ini sedang pentadbiran Presiden Yoon Suk Yeol mempertahankan keputusannya untuk meningkatkan kemasukan mahasiswa ke sekolah perubatan sebanyak 2,000 pada tahun depan.

Pemerintah juga merancang untuk menambah lagi 10,000 doktor menjelang 2035 untuk menangani masalah kekurangan doktor.

Sekitar 9,300 daripada 13,000 doktor pelatih telah meletak jawatan.

Mogok itu dijangka bertambah sengit, dengan graduan baharu sekolah perubatan dilaporkan enggan menerima tawaran latihan amali.

Menurut para pemogok, sekolah-sekolah perubatan tidak akan dapat menguruskan begitu ramai mahasiswa baharu.

Penduduk Korea Selatan yang semakin menua telah disebut sebagai faktor risiko utama di sebalik keputusan pemerintah untuk menambah jumlah doktor di negara itu.

Laporan buat masa ini bagaimanapun menunjukkan bahawa nisbah doktor kepada pesakit di Korea Selatan adalah antara yang terendah dalam kalangan negara maju.

Hospital-hospital di Korea Selatan masih bergelut dengan krisis perubatan yang disebabkan oleh mogok tersebut, dengan pemerintah menaikkan amaran kesihatan ke tahap tertinggi.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita