Presiden Korea Selatan pertahan keputusan isytihar undang-undang tentera
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/South Korean Presidential Office/Yonhap)
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menuduh lawan politiknya sebagai "kuasa anti-pemerintah", dan menambah bahawa Korea Utara mungkin sudah menceroboh pilihan raya negara itu.
Beliau juga mempertahankan keputusannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera minggu lalu, yang dilaksanakan untuk melindungi demokrasi negara tersebut.
Kenyataan Encik Yoon pada Khamis (12 Dis) dikeluarkan sedang pemimpin partinya sendiri berkata beliau tidak menunjukkan sebarang tanda untuk meletak jawatan dan perlu didakwa.
Encik Yoon juga berikrar untuk berjuang "hingga ke saat akhir".
Siasatan ke atas kejadian pada minggu lalu itu sedang dipergiatkan, dengan polis pada Rabu (11 Dis) cuba menyerbu pejabat Encik Yoon untuk menyiasat tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera.

Namun, pemimpin Korea Selatan itu pada Khamis berkata bahawa beliau tidak akan "elak daripada tangunggjawab undang-undang dan politik berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera"
Encik Yoon juga menuduh pembangkang menjerumuskan negara itu ke dalam "krisis negara".
“Perhimpunan Negara, yang dikuasai oleh parti pembangkang yang besar, telah menjadi raksasa yang memusnahkan orde perlembagaan demokrasi liberal,” kata Encik Yoon dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.