Skip to main content

Dunia

Presiden Korea Selatan isytihar zon bencana susuli banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Korea Selatan isytihar zon bencana susuli banjir

Kesan tanah runtuh, berikutan hujan lebat berterusan selama beberapa hari yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh, di daerah Sancheong, Korea Selatan pada 12 Julai 2025. (Gambar fail: Reuters/Handout/Seo Kyung Broadcasting)

Diterbitkan : 22 Jul 2025 10:44PM Dikemas Kini : 22 Jul 2025 11:09PM
SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung mengisytiharkan enam daerah sebagai zon bencana khas pada Selasa (22 Jul) selepas hujan lebat berterusan selama beberapa hari meninggalkan kesan kemusnahan di beberapa bahagian negara.

Cuaca hujan kini reda, walaupun laporan media menyatakan hujan lebat melanda sebahagian Korea Utara.

Sekitar 19 orang meninggal dunia dan sembilan masih hilang di Korea Selatan setakat pagi Selasa, manakala 2,549 orang terpaksa berpindah, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Sekitar 3,776 kemudahan, termasuk rumah, kedai dan kilang, perlu dibersihkan daripada air, serpihan dan tanah, tambah kementerian itu.

Pengisytiharan zon bencana khas oleh Presiden Lee - termasuk di Gapeyeong di pinggir Seoul - memberi akses kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan sokongan pentadbiran dan kewangan kecemasan bagi membantu mangsa.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita