Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden ketiga Indonesia BJ Habibie jalani rawatan intensif di hospital

Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden ketiga Indonesia BJ Habibie jalani rawatan intensif di hospital

Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie.

Diterbitkan : 10 Sep 2019 07:32AM Dikemas Kini : 10 Sep 2019 07:35AM

JAKARTA: Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut setiausaha peribadinya, Encik Rubijanto, mantan presiden itu kini diberikan rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu pada Ahad (9 Sep).

Menurut Encik Rubijanto, semua pihak tidak dibenarkan untuk menziarahi Encik BJ Habibie buat sementara waktu ini, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Encik BJ Habibie, 83 tahun, adalah presiden Indonesia yang ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menyandang jawatan itu dari 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, Encik BJ Habibie juga menerima rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami "asphyxia".

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan