Presiden Jokowi uji cuba operasi kereta api cepat Jakarta-Bandung
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Timur Matahari)
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo melakukan uji cuba operasi kereta api cepat Jakarta-Bandung dari Stasiun KCJB Halim, Jakarta, pada pagi Rabu (13 Sep).
Presiden Jokowi tiba di Stesen KCJB Halim sekitar pukul 08.50 pagi WIB dengan didampingi oleh Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan dan Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi.
Sejumlah seniman dan pempengaruh turut serta dalam uji cuba tersebut termasuk bintang-bintang terkenal Indonesia, Raffi Ahmad, Tsamara, Gading Martin, Cak Lontong, dan Yuni Shara.
Presiden Jokowi berserta rombongannya melakukan uji cuba operasi kereta cepat dari Stesen Halim menuju ke Stesen Padalarang dengan waktu perjalanan sekitar 28 minit dengan kecepatan hingga 351 kilometer sejam.
Setelah itu, perjalanan dilanjutkan dengan menaiki kereta api "Feeder" Kereta Cepat dari Stesen Padalarang menuju ke Stesen Bandung.
Perjalanan dari Stesen Padalarang ke Stesen Bandung menempuh waktu perjalanan selama 20 minit.
Ini bermakna dari Jakarta menuju ke pusat kota Bandung melibatkan masa sekitar 50 minit.
Pelancaran kereta cepat itu dijadual dimulakan pada 1 Oktober ini.
Operasi kereta api cepat Jakarta-Bandung itu akan dilakukan secara bertahap mulai dari 8 perjalanan pada bulan Oktober.
Ini akan ditambah kepada 28 perjalanan pada November dan 40 perjalanan kereta api cepat pada Disember dan 68 pada pada Januari 2024.

Sumber : Bernama/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.