Presiden Jokowi tinjau harga barangan asas di Jawa Timur
(Gambar: ANTARA)
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang diiringi Wanita Pertama, Iriana Joko Widodo, meninjau-ninjau aktiviti perusahaan dan harga barangan asas di Pasar Sambonggede di Tuban, Jawa Timur pada Khamis (6 Apr).
Menurut Presiden Jokowi, harga barangan dapur di pasar itu agak berpatutan dan murah berbanding kawasan-kawasan lain, lapor agensi berita Indonesia, Antara.
"Dengan ayam dijual pada Rp28,000 (S$2.50), bawang pada Rp30,000 (S$2.67) dan cili sekitar Rp28,000 (S$2.50) hingga Rp29,000 (S$2.59), pasar ini menawarkan harga murah berbanding kawasan-kawasan lain," kata Presiden Jokowi, menurut siaran media di Jakarta.
Menurut Presiden Jokowi lagi, dua faktor yang menentukan harga komoditi di sesuatu tempat adalah bekalan dan kadar penghasilannya. Sekiranya terdapat lebih banyak bekalan dan kadar penghasilan yang lebih tinggi, harganya lebih rendah.
Sewaktu lawatan mereka, Presiden Jokowi dan isterinya mengagihkan beberapa pakej bantuan serta barang dapur kepada penerima habuan dan peniaga di Pasar Sambonggede.
Mereka diiringi Gabenor Jawa Timur Indar Parawansa dan Ketua Daerah Tuban Aditya Halinda Faridzky.
"Gabenor memberitahu saya bahawa terdapat banyak bekalan ayam. Itu sebabnya harga di sini paling murah berbanding bandar-bandar lain," ujar Presiden Jokowi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.