Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Jokowi rombak Kabinet buat kali ketiga

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Jokowi rombak Kabinet buat kali ketiga

Gambar: AFP

Diterbitkan : 15 Jun 2022 05:32PM Dikemas Kini : 15 Jun 2022 05:32PM
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Rabu (15 Jun) merombak Kabinet buat kali ketiga semasa penggal kedua beliau memegang jawatan tersebut.

Encik Zulkifli Hasan dilantik sebagai Menteri Perdagangan manakala Hadi Tjahjanto pula bakal menyandang jawatan Menteri Agraria dan Tata Ruang.

Encik Zulkifli adalah Ketua Umum Partai Amanat Nasional (PAN). Beliau sebelum ini adalah Menteri Kehutanan dari 2009 sehingga 2014 semasa berkhidmat di bawah kepimpinan mantan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Encik Tjahjanto pula adalah Panglima Tentera Nasional Indonesia dari Disember 2017 sehingga November 2021.

Kementerian Agraria dan Tata Ruang menyelia antara lain penyusunan semula tanah adalah berasingan daripada Kementerian Pertanian.

Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi juga melantik tiga wakil menteri (timbalan menteri).

John Wempi Wetipo dilantik sebagai Wakil Menteri Kementerian Dalam Negeri, Afriansyah Noor dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Ketenagakerjaan dan Raja Juli Antoni dilantik sebagai Wakil Menteri Kementerian Agraria dan Tata Ruang.

Presiden Jokowi diiringi oleh para pemimpin parti-parti politik utama ketika beliau mengumumkan rombakan Kabinet itu.

Mengulas mengenai rombakan Kabinet kali ini, Encik Jokowi menegaskan bahawa menteri-menteri baru itu dilantik berdasarkan keupayaan mereka.

Pilihan Raya Presiden Indonesia akan diadakan pada Februari 2024.

Proses pilihan raya dilancarkan pada Selasa, dengan Komisi Pemilihan Umum mengadakan satu acara khas bagi menandakan pelancarannya.
Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa