Skip to main content

Dunia

Presiden Jokowi rasmikan jambatan; reda ketegangan di Papua

Presiden Indonesia Joko Widodo merasmikan satu jambatan baru bernilai 1.18 trilion rupiah (S$174 juta) di Papua, hari ini (28 Okt) ketika pemerintah negara itu memperbaharui janji membangunkan wilayah paling miskin tesebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Jokowi rasmikan jambatan; reda ketegangan di Papua

Presiden Joko Widodo merasmikan jambatan baru di Papua pada 28 Okt 2019 (Gambar: ANTARA)

Diterbitkan : 28 Oct 2019 10:21PM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 10:27PM

JAYAPURA: Presiden Indonesia Joko Widodo merasmikan satu jambatan baru bernilai 1.18 trilion rupiah (S$174 juta) di Papua, hari ini (28 Okt) ketika pemerintah negara itu memperbaharui janji membangunkan wilayah paling miskin tesebut.

Perkembangan itu berlaku, selepas pergolakan selama berbulan-bulan ekoran beberapa insiden diskriminasi perkauman.

Presiden Jokowi melawat beberapa kawasan di seluruh wilayah Papua dan Papua Barat, yang merupakan kunjungan pertama beliau ke wilayah paling timur negara itu, sejak mengangkat sumpah untuk penggal lima tahun kedua, minggu lalu.

"Saya berharap Jambatan Youtefa ini dapat dijaga keberadaannya, kebersihannya dan lain sebagainya," katanya ketika merasmikan jambatan itu sekitar pukul 3.30 petang waktu tempatan.

Jambatan yang menghubungkan kawasan utama Kota Jayapura dengan daerah Muara Tami itu diharapkan dapat mendukung kebangkitan ekonomi Papua.

Ia dibangunkan sejak 2015 dengan Presiden Jokowi meletakkan batu pertama untuk menandakan pembangunan jambatan sepanjang 732 meter dan lebar 21 meter tersebut.

Menurut Presiden Jokowi, jambatan itu menjadi tonggak sejarah di Tanah Papua, bukan hanya simbol penting yang menyatukan, tetapi lambang kemajuan untuk membangun Bumi Cenderawasih.

"Tanah Papua harus maju seperti daerah lainnya di Indonesia, Papua adalah syurga kecil yang jatuh ke bumi, di mana jika dihitung-hitung saya sudah 13 kali ke Papua," ujarnya.

Sejak beberapa bulan lalu, pergolakan melonjak di Papua termasuk pertumpahan darah terburuk, sejak berdekad-dekad apabila 33 orang maut di Wamena, September lalu.

Keadaan itu menguatkan gesaan pelbagai kumpulan pemisah untuk pungutan suara kemerdekaan baru.

Hari ini, Presiden Jokowi mengarahkan pembinaan semula pasar utama di Wamena dipercepatkan, selepas ia dibakar, ketika tunjuk perasaan.

Beliau juga berjanji untuk membina lagi jalan raya sepanjang 139 km serta lapangan terbang baru di kawasan pergunungan Arfak untuk membantu penduduk tempatan mengangkut produk pertanian ke bandar.

“Jika semua di sini komited bersatu, bersama kita majukan tanah Papua dan saya merasakan kita boleh mencapai kekayaan dan kebajikan cepat,” ujarnya. 

Sumber : Bernama/ANTARA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita