Skip to main content

Dunia

Presiden Jokowi rasmikan hotel 5 bintang di Nusantara, upacara pecah tanah Pusat Beli-Belah Bebas Cukai

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Jokowi rasmikan hotel 5 bintang di Nusantara, upacara pecah tanah Pusat Beli-Belah Bebas Cukai

(Gambar: YouTube/Sekretariat Presiden)

Diterbitkan : 13 Sep 2024 07:40PM Dikemas Kini : 13 Sep 2024 11:57PM
KALIMANTAN TIMUR: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Jumaat (13 Sep) menghadiri acara perasmian Swissotel Nusantara serta merasmikan upacara pecah tanah Pusat Beli-Belah Bebas Cukai Nusantara di Ibu Kota Nusantara (IKN), Wilayah Kalimantan Timur.

"Saya ingin menyampaikan penghargaan atas pencapaian untuk membina Nusantara Swissotel dalam tempoh sembilan bulan," kata Encik Jokowi semasa acara perasmian hotel tersebut.

Encik Jokowi mengaku bahawa beliau kagum dengan pencapaian syarikat hartanah Indonesia Agung Sedayu Group untuk menyahut cabaran membina hotel lima bintang yang mempunyai 191 bilik dalam tempoh kurang setahun.

Encik Jokowi berkata pemerintah Indonesia sedang berusaha untuk membangunkan kemudahan awam asas, di ibu kota baharu negara itu, untuk membina ekosistem bandar yang bersemangat.

"Tumpuan utama kami di sini adalah untuk membangunkan masyarakat dengan membina ekosistem bandar yang bersemangat dipenuhi orang ramai, hospital, sekolah, hotel dan pusat beli-belah. Namun, ia mengambil masa untuk mencapai objektif mencabar ini," tambahnya.

"Pusat Beli-Belah Bebas Cukai Nusantara, yang akan mula dibina dan dijangkakan siap tidak lama lagi, juga akan menarik orang ramai ke Ibu Kota Nusantara. Saya percaya dengan adanya sekolah, pusat beli-belah dan prasarana jalan yang berfungsi, ia akan membantu menarik lebih ramai orang ke bandar ini," kata Encik Jokowi.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita