Presiden Jokowi mula bertugas di Nusantara Selasa depan
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Presiden Indonesia Joko Widodo. (Gambar fail: BERNAMA)
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi akan mula bertugas di Ibu Kota Nusantara (IKN) selama 40 hari bermula 10 September sehingga 19 Oktober depan.
Memetik laporan portal Kompas, Jurucakap Pejabat Presiden, Heru Budi Hartono berkata, sepanjang tempoh itu, Encik Jokowi juga akan melakukan lawatan kerja ke beberapa daerah dan kawasan luar dari IKN, lapor Kompas.
"Perancangan beliau untuk bekerja di IKN berkemungkinan bermula 10 September ini sehingga 19 Oktober depan.
"Selain itu, beberapa sidang mesyuarat bersama pegawai pentadbiran tertentu juga akan diadakan di IKN,’’ katanya.
Pada masa sama, Encik Heru berkata, sejumlah penjawat awam dari Kementerian Sekretariat Negara, termasuk Sekretariat Presiden juga sudah mula bekerja di IKN.
Pada awal September lalu, Encik Jokowi dilaporkan menangguhkan rancangan pemindahan ke IKN di Kalimantan Timur.
Ia selepas pemimpin tersebut memberi alasan mahu menunggu sehingga lapangan terbang atau bandar udara (bandara) IKN beroperasi terlebih dahulu.
Sebelum itu pada 17 Ogos lalu, republik itu menyambut Hari Kemerdekaan ke-79 di ibu negara baharu, Nusantara, buat kali pertama.
Sambutan tersebut diketuai Encik Jokowi yang turut diiringi bakal Presiden, Prabowo Subianto yang akan memulakan tugas sebagai presiden secara rasmi pada 20 Oktober depan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.