Skip to main content

Dunia

Presiden Jokowi gesa penduduk tidak panik susuli gempa kuat dekat Sumatera, Jawa

Para penduduk Indonesia yang tinggal berdekatan kawasan pantai di Lampung, selatan wilayah Sumatera, mencari tempat perlindungan di kawasan tanah lebih tinggi selepas gempa bumi kuat melanda pada Jumaat (2 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Jokowi gesa penduduk tidak panik susuli gempa kuat dekat Sumatera, Jawa

Orang ramai berkumpul di luar sebuah bangunan pejabat menyusuli gempa yang menggegarkan Jakarta. (Gambar: Antara Foto/Dwi Prasetya menerusi Reuters)

Diterbitkan : 03 Aug 2019 01:49PM Dikemas Kini : 03 Aug 2019 01:54PM

LAMPUNG: Para penduduk Indonesia yang tinggal berdekatan kawasan pantai di Lampung, selatan wilayah Sumatera, mencari tempat perlindungan di kawasan tanah lebih tinggi selepas gempa bumi kuat melanda pada Jumaat (2 Ogos). Ini menyebabkan pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran tsunami.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat menyatakan gempa berpusat di Lautan Hindi, sekitar 227 kilometer dari kota Teluk Betung di Sumatera, dengan ukuran awal 7 skala Richter yang kemudian diturunkan kepada 6.8.

Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran gelombang tsunami setinggi tiga meter tetapi menarik balik amaran tersebut sebaik sahaja mendapati ia tidak menimbulkan risiko.

Presiden Indonesia Joko Widodo memberitahu media tempatan risiko tsunami tidak lagi timbul. Namun, beliau menggesa mereka yang tinggal di kawasan-kawasan terjejas agar kekal tenang dan berwaspada.

Tiada kerosakan teruk atau kecederaan dilaporkan tetapi gegaran kuat dirasakan di Jakarta sehingga orang ramai berlari keluar dari bangunan-bangunan pejabat.

Di Banten, seorang meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di tengah-tengah keadaan kelam-kabut. manakal empat lagi cedera.

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik dan sering digegarkan dengan gempa bumi dan kadangkala disusuli dengan tsunami.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita