Presiden Jokowi akan berpindah ke Nusantara jelang Hari Kemerdekaan Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pool/Ezra Acayan menerusi AFP
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo merancang untuk berpindah ke ibu kota baharu negara itu, Nusantara (IKN), seawal hujung bulan ini, menjelang perasmian bandar itu semasa sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos nanti.
Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono memberitahu agensi berita detikFinance pada Isnin (3 Jun) bahawa Presiden Jokowi akan berpindah sebaik sahaja bekalan air bersih disediakan di pejabat pemerintah dan kompleks perumahan menteri.
Menurut Encik Basuki, Presiden Jokowi akan mula bertugas di ibu kota baharu itu sejurus bekalan air tersebut siap dipasang.
Pam air tersebut dikatakan akan tiba di Balikpapan pada 7 Jun untuk dipasang dan dijangka akan siap menjelang hujung Jun atau awal Julai ini.
Balikpapan merupakan bandar kedua yang mempunyai paling ramai penduduk di Kalimantan Timur selepas ibu kota wilayah Samarinda.

Perkembangan mengenai projek itu didedahkan di tengah-tengah khabar mengejut mengenai peletakan jawatan Encik Bambang Susantono, Kepala Ibu Kota Nusantara, serta timbalannya, Encik Dhony Rahajoe.
Kedua-dua mereka bertanggungjawab menyelia pembinaan projek besar itu.
Namun, Presiden Jokowi memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pembangunan projek itu akan diteruskan walaupun berdepan hambatan.
Pemerintah Indonesia sedang mengejar masa untuk menyiapkan pembinaan infrastuktur tersebut agar dapat memindahkan kumpulan pertama seramai 12,000 kakitangan awam menjelang September ini.
Rancangan tersebut bagaimanapun tertangguh sebanyak dua kali dan peletakan jawatan tersebut berlaku di tengah-tengah khabar mengenai kekurangan dana swasta bagi ibu kota baharu itu.

Sumber : AGENCIES/HA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.