Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Joko Widodo sampaikan amanat Ulang tahun Kemerdekaan Indonesia pada 16 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo bakal menyampaikan amanat ke seluruh negara pada Selasa (16 Ogos), sempena Ulang tahun Kemerdekaan negara itu yang ke 77.

Encik Jokowi juga akan membentangkan Belanjawan Indonesia 2023, di mana beliau dijangka bakal menyentuh isu inflasi yang meningkat, serta harga barangan makanan dan daya tenaga yang tinggi.

Harga bahan tenaga di pasaran dunia melonjak ekoran perang Rusia-Ukraine.

Namun di Indonesia, harga bahan bakar kekal stabil, disebabkan subsidi cukup tinggi daripada pemerintah.

Subsidi dan pampasan turut diperlukan bagi mengawal inflasi dalam negeri.Kadar inflasi meningkat hampir 5 peratus pada bulan Julai, ekoran lonjakan terpantas harga pengguna sejak Oktober 2015.

Ekonomi Indonesia teruk terjejas akibat COVID-19, namun kes jangkitan telah jauh merosot berbanding saat kemuncaknya pada Februari lalu.

Setelah lebih dua tahun bertahan dengan krisis yang melanda, para peniaga menanti jalan keluar daripada pandemik.

Mereka turut berharap agar program penyusunan semula pinjaman bagi membantu sektor niaga pulih, dapat dilanjutkan.

Sejak awal Ogos, parti-parti politik sudah mula mendaftar untuk Pilihan raya Umum 2024.

Para pengamat menjangka, Encik Widodo akan turut menyentuh isu tersebut dalam amanat beliau.

Bagi Presiden Widodo, ucapan ke seluruh negara merupakan peluang untuk menyeru rakyat Indonesia agar bersatu menghadapi ketidakpastian ekonomi pada 2023, ekoran perang yang berlarutan di Ukraine.

Sebaliknya, penduduk Indonesia berharap pemerintah akan menyuntik keyakinan, serta meneruskan program pemulihan ekonomi negara.
 
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan