Presiden Joko Widodo pertahankan tuntutan dalam lawatan kerja ke Natuna
Presiden Indonesia Joko Widodo melakukan lawatan kerja ke pulau Natuna hari ini (8 Jan), untuk mempertahankan tuntutannya ke atas kawasan tersebut.
(Gambar: AFP)
NATUNA: Presiden Indonesia Joko Widodo melakukan lawatan kerja ke pulau Natuna hari ini (8 Jan), untuk mempertahankan tuntutannya ke atas kawasan tersebut.
Ini dilakukan di tengah-tengah ketegangan hubungan Indonesia dengan China, berhubung tuntutan bertindih di Laut China Selatan.
Presiden Jokowi menegaskan Natuna adalah wilayah Indonesia dan merupakan salah satu daripada 514 kota di negara itu.
Beliau tiba di Natuna pada sekitar pukul 9 pagi pada Rabu dengan diiringi Panglima Tentera Indonesia, Marsyal Hadi Tjahjanto, Jeneral Moeldoko dan Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral, Arifin Tasrif.
Laut Natuna merupakan wilayah zon ekonomi eksklusif Indonesia yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Namun pada bulan lalu, sejumlah kapal nelayan China mula beroperasi di Laut Natuna, dengan diawasi kapal-kapal Pasukan Pengawal Pantai China.
Presiden Jokowi bagaimanapun pernah mengatakan sebelum ini, tiada ruang bagi rundingan mengenai kedaulatan Indonesia terutama sekali di Laut Natuna, di Kepulauan Riau, Indonesia.
Beliau menambah, kehadirannya di Pulau Natuna adalah untuk memastikan pelaksanaan undang-undang di kawasan laut Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.