Presiden Joko Widodo adakan lawatan ke China, Jepun & Korea Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Indonesia, Joko Widodo. (Gambar fail: Timothy De Souza/CNA)
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo berlepas dari Jakarta pada Isnin (25 Jul) untuk ke Beijing, China di mana beliau dijadualkan untuk bertemu dengan President Xi Jinping pada Selasa (26 Jul).
Beliau juga akan bertemu dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Selain China, Encik Widodo akan ke Jepun pada Rabu (27 Jul) dan Korea Selatan pada Khamis (28 Jul) semasa lawatan serantaunya.
Dalam akaun media sosial beliau, Encik Widodo menyatakan bahawa: "Ketiga-tiga negara adalah rakan kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, ASEAN dan dalam konteks G20."
"Saya akan bertemu dengan pemimpin China, Jepun dan Korea Selatan untuk membincangkan beberapa isu seperti, isu serantau dan global termasuk kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, kesihatan, prasarana dan perikanan".
Indonesia kini merupakan presiden bergilir G20.
Sidang kemuncak pemimpin G20 akan diadakan di Bali November ini.
Encik Widodo akan menjadi presiden luar negara pertama yang akan melawat China sejak Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari lalu, sejak negara itu mengamalkan dasar "sifar COVID-19" yang mengehadkan lawatan oleh para pegawai daripada luar negara.
Selain bertemu dengan pemimpin Jepun dan Korea, Encik Jokowi akan bertemu dengan masyarakat perniagaan semasa di Tokyo dan Seoul.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.