Presiden Israel bayangkan kesediaan untuk capai satu lagi gencatan senjata di Gaza bagi bebaskan lagi tebusan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/SAUL LOEB)
TEL AVIV: Presiden Israel Isaac Herzog membayangkan kesediaan negaranya untuk mencapai satu lagi gencatan senjata di Gaza bagi membebaskan lagi para tebusan Hamas dan membolehkan lebih banyak kiriman bantuan kepada para penduduk Palestin.
"Israel bersedia bagi satu lagi jeda kemanusiaan dan kiriman bantuan tambahan bagi membebaskan lebih ramai tebusan Hamas," kata Presiden Herzog kepada para duta asing, menurut pejabatnya.
"Dan tanggungjawab sepenuhnya di tangan (pemimpin Hamas Yahya) Sinwar dan kepimpinan Hamas yang lain," tambah beliau.
Perkembangan ini berlaku ketika Perancis, Britain dan Jerman iaitu antara sekutu Israel, menyertai seruan masyarakat dunia agar satu gencatan senjata yang baru dilaksanakan di Gaza.
Hamas dipercayai masih menahan sekitar 129 tahanan sebagai tebusan.
Namun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum ini menegaskan pihaknya akan terus bertempur sehingga pentadbiran Hamas di Gaza ditamatkan, kekuatan ketenteraannya dihancurkan dan kesemua tebusan Hamas dibebaskan.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.