Presiden Iran tuduh Israel bunuh saintis nuklear terkemuka negara itu
Presiden Iran Hassan Rouhani menuduh Israel membunuh saintis nuklear terkemuka negara itu.

Encik Mohsen Fakhrizadeh. (Gambar: AFP HO/KHAMENEI.IR)
TEHRAN: Presiden Iran Hassan Rouhani menuduh Israel membunuh saintis nuklear terkemuka negara itu.
Encik Mohsen Fakhrizadeh diserang dan dibunuh lewat malam semalam (27 Nov), di luar ibu kota, Tehran.
Kuasa-kuasa barat percaya, Encik Fakhrizadeh menjadi dalang program bom nuklear Iran.
Sejauh ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu.
Menyusuli kejadian tersebut, tentera Iran memberi amaran akan "membalas dendam sekeras-kerasnya" atas pembunuhan Encik Fakhrizadeh.
Amaran Iran itu dikhuatiri akan meningkatkan lagi ketegangan di Timur Tengah.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Amerika Syarikat dengan tidak dijangka sudah mengerahkan semula kapal induknya, Nimitz ke Timur Tengah.
Jabatan Pertahanan Amerika menjelaskan kerahan itu dibuat menyusuli pengurangan tentera Amerika di Afghanistan dan Iraq.
Pentagon menambah adalah wajar membina pertahanan tambahan di rantau itu untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.