Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Iran tolak tekanan Amerika, puji persahabatan dengan Rusia dan China

Anggaran Waktu Membaca:
DUBAI: Amerika Syarikat perlu tahu bahawa Iran tidak akan bertindak terhadap tekanan, kata Presiden dilantik Masoud Pezeshkian dalam kenyataan dikeluarkan pada Sabtu (13 Jul), di mana beliau juga menarik perhatian kepada hubungan negara tersebut dengan China dan Rusia.

Encik Pezeshkian, seorang calon berhaluan sederhana yang mengalahkan pesaingnya yang ultrakonservatif, Saeed Jalili, dalam pilihan raya, juga menekankan bahawa Iran tidak ingin mencipta senjata nuklear.

Beliau menambah bahawa Tehran akan mengembangkan hubungan bersama negara-negara jiran dan Eropah.

Encik Pezeshkian, seorang pakar bedah jantung 69 tahun, berikrar untuk mempromosikan dasar luar yang pragmatik, meredakan ketegangan berhubung rundingan yang sudah terhenti bersama kuasa-kuasa besar, untuk menghidupkan semula pakatan nuklear 2015, serta meningkatkan prospek liberalisasi sosial dan pluralisme politik.

Walau bagaimanapun, ramai rakyat Iran meragukan keupayaannya untuk memenuhi janji-janjinya, sedang Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, bukan presiden, memegang kuasa mutlak di negara tersebut.

"China dan Rusia sentiasa menyokong kami pada masa yang mencabar. Kami amat menghargai persahabatan ini.

"Rusia adalah sekutu strategik yang dihargai dan jiran kepada Iran, dan pentadbiran saya akan kekal komited untuk mengembangkan dan meningkatkan kerjasama kami," kata Encik Pezeshkian, sambil menambah bahawa Tehran akan menyokong inisiatif yang bertujuan menamatkan konflik di Ukraine secara aktif.

“Rakyat Iran telah mengamanahkan saya dengan mandat yang kuat untuk meneruskan penglibatan yang membina di peringkat antarabangsa dengan bersungguh-sungguh sambil mempertahankan hak, maruah dan peranan kami yang wajar di rantau ini dan seluruh dunia," tambahnya.
 
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan