Presiden Iran tiada rancangan bertemu Biden di Perhimpunan Agung PBB
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Vahid Salemi/AP)
TEHRAN: Presiden Iran berangkat ke New York pada Isnin (19 Sep), di mana beliau akan berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat minggu ini.
Bercakap sebelum keberangkatannya di Lapangan Terbang Tehran, Presiden Ebrahim Raisi berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di luar acara tersebut.
Ini sedang perbincangan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear antara Iran dengan kuasa-kuasa besar dunia kekal terhambat.
"Tiada rancangan untuk mengadakan pertemuan atau rundingan dengan pemimpin Amerika Syarikat (AS)," tegas Encik Raisi.
Encik Raisi, yang diiringi Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian dan perunding nuklear Ali Bagheri Kani, akan berucap di kedua-dua Perhimpunan Agung dan sebuah mesyuarat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berhubung agama.
Perbincangan antara Iran dengan kuasa-kuasa besar dunia untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear 2015 terus terhambat.
Ini meskipun Tehran dan Washington sudahpun bertukar-tukar jawapan bertulis sejak beberapa bulan kebelakangan ini mengenai butiran lebih terperinci berhubung peta hala tuju tersebut, yang berkemungkinan menyaksikan sekatan terhadap Iran ditarik balik sebagai pertukaran kepada langkah negara itu menyekat program nuklearnya yang sedang berkembang pesat.
Iran dan AS tidak menjalin hubungan diplomatik sejak pengambilalihan Kedutaan AS pada 1979 oleh para pelajar militan di Tehran.
Dalam sebuah wawancara "60 Minutes" bersama Encik Raisi, yang disiarkan oleh penyiar CBS pada Ahad (18 Sep), presiden itu menyifatkan AS sebagai tidak boleh dipercayai dan menuntut jaminan bahawa Washington tidak akan menarik diri lagi daripada sebuah perjanjian nuklear sepertimana yang dilakukan mantan Presiden Donald Trump pada 2018.

Sumber : AP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.