Presiden Iran Hassan Rouhani tuduh AS mahu wujudkan keadaan tidak selamat di Iran
Presiden Iran Hassan Rouhani menuduh Amerika Syarikat mahu mewujudkan keadaan tidak selamat di negaranya, dengan menyokong kumpulan-kumpulan Arab yang anti pemerintah.
Presiden Iran Hassan Rouhani. (Gambar: AFP/HO)
IRAN: Presiden Iran Hassan Rouhani menuduh Amerika Syarikat mahu mewujudkan keadaan tidak selamat di negaranya, dengan menyokong kumpulan-kumpulan Arab yang anti pemerintah. Ini menyusuli serangan ke atas perbarisan tentera di Iran yang meragut 25 jiwa pada Sabtu (22 Sep).
Bercakap di ibu kota Tehran sebelum berangkat ke Perhimpunan Agung PBB di New York, Encik Rouhani juga menuduh Amerika memberikan sokongan kewangan dan tentera kepada negara-negara Arab di kawasan Teluk.
Beliau menambah tindak balas Iran terhadap serangan semalam (22 Sep) akan dijalankan dalam rangka kerja undang-undang serta kepentingan Iran.
Amerika katanya, akan menyesalinya.
Serangan semalam (22 Sep) di Ahvaz merupakan yang paling buruk dalam sejarah tentera Iran.
Satu pergerakan Arab di Iran yang memperjuangkan pemisahan dari Tehran mengaku bertanggungjawab.
Empat orang yang melancarkan serangan itu, ditembak mati.
Pagi tadi (23 Sep), Iran turut memanggil para diplomat dari Denmark, Belanda dan Britain bagi membantah tindakan mereka melindungi para pengganas yang terlibat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.