Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Iran beri amaran terhadap 'tindakan cetus huru-hara' atas kematian Mahsa Amini

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK/DUBAI: Presiden Iran Ebrahim Raisi pada Khamis (22 Sep) berkata bahawa "tindakan mencetuskan huru-hara" tidak boleh diterima. Ini sedang beliau amaran kepada para penunjuk perasaan di jalan-jalan raya di seluruh negara dalam keadaan marah atas kematian seorang wanita yang ditahan oleh polis penjaga tatatertib.
Berucap semasa sidang media di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Encik Raisi menambah beliau sudah mengarahkan agar siasatan dijalankan ke atas kes Mahsa Amini, 22 tahun, yang meninggal dunia minggu lalu selepas diberkas kerana memakai "pakaian yang tidak sesuai".

"Ada kebebasan di Iran namun tindakan mencetuskan huru-hara tidak boleh diterima," tegas Encik Raisi yang sedang berdepan dengan tunjuk perasaan terbesar di Republik Islam itu sejak 2019.

Kaum wanita memainkan peranan penting dalam tunjuk perasaan tersebut. Mereka mengibarkan dan membakar hijab mereka. Sebahagian daripada mereka juga memotong rambut sebagai cabaran langsung terhadap para pemimpin agama.

Pengawal Revolusi Iran yang berkuasa menyeru badan kehakiman supaya mendakwa "mereka yang menyebarkan berita palsu dan khabar angin," dala, usaha untuk menyuraikan tunjuk perasaan di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, para pegawai menzahirkan rasa simpati kepada keluarga Mahsa Amini. 
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan