Presiden Iran arah rundingan dengan Amerika; Trump yakin boleh capai persetujuan
Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Presiden Iran Masoud Pezeshkian mengarahkan permulaan rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat, lapor media tempatan pada Isnin (2 Feb), selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau berharap dapat mencapai persetujuan untuk elakkan tindakan tentera terhadap republik Islam itu.
Susuli tindak balas pihak berkuasa Iran terhadap bantahan anti-pemerintah yang merunding bulan lalu sehingga menyebabkan kematian, Presiden Trump mengancam tindakan tentera dan mengarahkan penghantaran kumpulan kapal pengangkut pesawat ke Timur Tengah.
Sambil meningkatkan tekanan ke atas Iran, Presiden Trump menegaskan beliau berharap dapat mencapai persetujuan, sementara Tehran juga menegaskan ia mahukan diplomasi sambil berikrar akan mengambil tindakan tanpa belas kasihan terhadap sebarang pencerobohan.
"Presiden Pezeshkian mengarahkan pembukaan rundingan dengan Amerika," lapor agensi berita Fars pada Isnin (2 Jan), menukil sumber pemerintah yang tidak dapat didedahkan.
"Iran dan Amerika Syarikat akan mengadakan rundingan mengenai fail nuklear," kata Fars, tanpa mendedahkan tarikhnya. Laporan itu juga disiarkan oleh akhbar pemerintah Iran dan akhbar harian reformis Shargh.
Iran menyatakan pada awal pada Isnin bahawa ia sedang mengusahakan kaedah dan rangka kerja untuk rundingan yang akan siap dalam beberapa hari akan datang, dengan mesej antara kedua-dua pihak disampaikan melalui pemain serantau.
"Beberapa perkara diketengahkan, dan kami sedang memeriksa dan memuktamadkan butiran setiap peringkat dalam proses diplomatik, yang kami harap dapat dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang," kata jurucakap kementerian luar Esmaeil Baqaei, tanpa memberikan butiran mengenai kandungan sebarang rundingan.
Trump beri amaran "masa semakin suntuk" untuk Iran mencapai perjanjian mengenai program nuklearnya, yang dipercayai oleh Barat bertujuan untuk membuat bom atom.
Encik Baqaei berkata Tehran "tidak pernah menerima ultimatum" dan beliau tidak dapat mengesahkan sebarang mesej sedemikian diterima.
Pemain serantau mendesak diplomasi untuk meredakan ketegangan.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berada di Turki minggu lalu dan mengadakan panggilan selanjutnya dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Saudi dan Turki, katanya di Telegram.
Encik Baqaei berkata perhimpunan negara-negara jiran untuk mencari huraian diplomatik menunjukkan ketakutan bahawa sebarang serangan Amerika akan mengheret rantau itu ke dalam konflik, mengulangi pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, yang memberi amaran pada hari Ahad bahawa serangan Amerika akan mencetuskan "perang serantau".

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.