Presiden Indonesia usul secara formal pindah ibu negara ke Borneo
Presiden Indonesia, Joko Widodo secara formal mencadangkan kepada parlimen, rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu dari Jakarta di pulau Jawa yang sesak ke Kalimantan di pulau Borneo.
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo secara formal mencadangkan kepada parlimen, rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu dari Jakarta di pulau Jawa yang sesak ke Kalimantan di pulau Borneo.
Encik Widodo menyatakan cadangan itu dalam ucapannya ke seluruh negara yang disampaikan di parlimen, sehari sebelum negara itu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-74.
“Saya dengan ini memohon persetujuan anda, untuk memindahkan ibu kota negara kita ke Kalimantan,” kata Encik Widodo yang bakal mengangkat sumpah untuk penggal kedua Oktober ini selepas memenangi pilihan raya April lalu.
“Ibu negara bukan sekadar satu simbol identiti nasional, ia juga adalah gambaran kemajuan sebuah negara. Ia adalah untuk merealisasikan kesaksamaan dan keadilan ekonomi,” katanya, tanpa menyatakan lokasi sebenar ibu kota baru itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.