Skip to main content

Dunia

Presiden Indonesia, Perancis, perkukuh strategi pertahanan, ekonomi

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Indonesia, Perancis, perkukuh strategi pertahanan, ekonomi

(Gambar: Kementerian Sekretariat Negara Republik Indonesia)

Diterbitkan : 29 May 2026 09:59AM Dikemas Kini : 29 May 2026 10:00AM
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto menghadiri jamuan malam negara yang dianjurkan Presiden Perancis Emmanuel Macron di Salle des Fetes, Istana Elysee, Paris, Perancis pada Khamis (28 Mei) waktu tempatan.

Menurut kenyataan rasmi Sekretariat Presiden di Jakarta pada Jumaat (29 Mei), jamuan negara tersebut sebahagian daripada rangka lawatan negara Encik Prabowo ke Perancis, sekali gus mencerminkan eratnya hubungan persahabatan dan komitmen strategik antara Indonesia dan Perancis.

Encik Prabowo disambut oleh Encik Macron dan isterinya Brigitte Macron di tangga utama Istana Elysee, di ibu kota Paris. Suasana hangat dan penuh hormat mewarnai sambutan pemimpin negara Indonesia itu sebelum mereka memasuki ruang utama jamuan.

Encik Macron menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik menjadi pangkalan global dalam pelbagai bidang bersama Indonesia dalam kunjungan tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, Encik Macron menyifatkan Indonesia sebagai rakan strategik penting bagi Perancis di rantau Indo-Pasifik.

Dalam bidang pertahanan dan keamanan, Encik Macron menukil kerjasama erat antara kedua-dua negara yang dipaparkan dengan penghantaran pesawat tempur Rafale pertama ke Indonesia. Encik Macron menyifatkan hal tersebut sebagai bukti jelas hubungan strategik yang berkembang maju.

Encik Macron juga menekankan pentingnya diperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan, dan pelaburan antara Indonesia dengan Perancis serta Kesatuan Eropah (EU).

Beliau berharap perjanjian ekonomi komprehensif antara Indonesia dengan EU segera memperkukuh arus perdagangan dan pelaburan dalam pelbagai sektor strategik seperti pengangkutan, kesihatan, perubahan tenaga dan pertahanan.

Berhubung rantau Asia Tenggara, Encik Macron menegaskan bahawa ASEAN memainkan peranan penting dalam strategi Indo-Pasifik Perancis dan Kesatuan Eropah. Atas sebab itu, Perancis sedia terus bekerja sama dengan Indonesia dalam menghadapi pelbagai cabaran global dan serantau.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita