Presiden Indonesia luluskan peraturan wajibkan hasil eksport disimpan dalam negara
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengumumkan hari ini (17 Feb) bahawa beliau telah meluluskan peraturan yang mewajibkan pengeksport sumber selain minyak dan gas untuk menyimpan semua hasil eksport di dalam negara sekurang-kurangnya selama setahun.
Langkah yang diambil Presiden Prabowo dijangka menambah $80 bilion kepada rizab pertukaran asing Indonesia, tahun ini. (Gambar Fail: AP/Hasnoor Hussain)
Pengeksport minyak dan gas diwajibkan untuk mematuhi peraturan sedia ada berkaitan hasil eksport yang telah berkuat kuasa sejak 2023, kata beliau dalam satu sidang media.
Langkah baharu itu dijangka akan menambah $80 bilion kepada rizab pertukaran asing Indonesia tahun ini, menurut Encik Prabowo.
Para pengeksport dibenarkan untuk menggunakan hasil yang diperoleh jika ia ditukarkan kepada rupiah, atau bagi operasi perniagaan seperti pembayaran dividen, pembelian bahan mentah, atau pembayaran semula pinjaman, jelas Encik Prabowo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.