Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Indonesia Joko Widodo lawat gugusan pulau dibadai taufan

Presiden Indonesia Joko Widodo lawat gugusan pulau dibadai taufan.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Indonesia Joko Widodo lawat gugusan pulau dibadai taufan

Joko Widodo tiba di pulau Lembata pada 9 April 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Apr 2021 09:45PM Dikemas Kini : 09 Apr 2021 09:47PM

LEMABAT: Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini (9 Apr) tiba di gugusan pulau yang dibadai taufan setelah bencana itu menyebabkan lebih 200 orang terkorban, mangsa di negara jiran Timor-Leste, dengan puluhan lagi orang masih hilang.

Hujan lebat akibat Taufan Tropika Seroja, salah satu taufan paling dahsyat membadai rantau itu dalam masa bertahun-tahun lamanya, dengan sekelip mata merubah kawasan tempat tinggal masyarakat-masyarakat kecil menjadi timbunan lumpur dengan pokok tumbang, menyebabkan ribuan orang mencari tempat-tempat perlindungan di tengah-tengah gangguan bekalan elektrik.

Encik Joko Widodo, tiba di pulau Lembata yang paling teruk terjejas, awal pagi tadi dan akan melakukan lawatan ke beberapa lokasi termasuk pusat-pusat perlindungan, menurut istana presiden dalam satu kenyataan ringkas.

Lawatannya itu dibuat sedang angka kematian akibat bencana banjir dan tanah runtuh pada Ahad (4 Apr) terus melonjak.

Sekurang-kurangnya 165 orang dimasukkan ke dalam senarai orang yang terkorban di Indonesia.

Lagi 42 orang maut di Timor-Leste, yang mempunyai 1.3 juta penduduk.

Lebih 50 orang masih hilang di kedua-dua negara Asia Tenggara itu dan para pegawai agensi bencana masih mencari mangsa di sebalik timbunan serpihan.

Dengan ribuan orang membanjiri pusat-pusat perlindungan, pihak berkuasa bergelut pula dengan usaha membendung penularan COVID-19 serta merawat kanak-kanan yang terjejas ekoran bencana tersebut.

"Kami sudah memulakan khidmat kaunseling bagi kanak-kanak yang mengalami trauma," kata Josef Nae Soi, naib gabenor pusat bencana wilayah Nusa Tenggara Timur.

Pesawat-pesawat kargo Indonesia dan kapal-kapal tentera laut yang sarat dengan bekalan bantuan sudah tiba di rantau itu dengan lebih 4,000 pegawai tentera dikerahkan untuk memberikan bantuan.

Sebuah kapal hospital juga sedang dalam perjalanan ke sana untuk membantu merawat mangsa yang terselamat di rantau itu, di mana klinik-klinik perubatannya sudah sesak.

Lebih 20,000 orang sudah dipindahkan daripada tempat-tempat yang dilanda bencana dan kebanyakannya kehilangan tempat tinggal akibat taufan tersebut.

Taufan itu kini sedang menghala ke Australia, di mana pihak berkuasa menggesa para pengunjung di bahagian pantai barat negara itu supaya meninggalkan tempat itu sebelum dibadai Seroja lewat hari Ahad (11 Apr) atau Isnin (12 Apr).

Kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang membawa maut biasa berlaku di Indonesia semasa musim hujan dengan kegiatan pembalakan hutan seringkali menjadi puncanya, menurut para pakar alam sekitar.

Agensi bencana menganggarkan 125 juta rakyat Indonesia - iaitu hampir separuh penduduk negara itu - tinggal di kawasan berisiko berlaku tanah runtuh. 

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan