Presiden Indonesia jangka Sumatra yang dilanda banjir akan kembali normal dalam 2-3 bulan apabila jumlah kematian melebihi 1,000
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata pada Isnin (15 Dis) bahawa aktiviti di kawasan-kawasan di Sumatra yang dilanda banjir maut mungkin kembali normal dalam dua hingga tiga bulan akan datang, selepas bencana yang meragut lebih 1,000 nyawa.
Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang disebabkan oleh taufan, yang memusnahkan rumah-rumah dan memaksa orang ramai ke pusat-pusat pemindahan di Sumatera pada akhir November, mencecah 1,030 setakat Isnin, dengan 206 orang masih hilang, menurut data rasmi.
Ribut tersebut juga mengorbankan kira-kira 200 orang di selatan Thailand dan Malaysia.
Encik Prabowo memberitahu mesyuarat Kabinet pada Isnin bahawa pembinaan semula di tiga wilayah yang terjejas sudah bermula, menambah bahawa beliau memohon maaf kerana pihak berkuasa tidak dapat menyiapkan proses tersebut secara realistik dalam beberapa hari.
Encik Prabowo berkata pihak berkuasa akan segera membina ratusan rumah sementara untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal. Pembinaan semula di Sumatra dijangka menelan belanja sekurang-kurangnya AS$3.11 bilion (S$4.01 bilion), menurut pegawai kanan pemerintah.
Kumpulan alam sekitar menyatakan bahawa penebangan hutan yang berkait dengan perlombongan dan pembalakan memburukkan lagi kesan banjir.
Kementerian alam sekitar Indonesia kini menghentikan operasi syarikat-syarikat yang dituduh melakukan pelanggaran buat sementara, dan akan menghendaki mereka melakukan audit alam sekitar.
Encik Prabowo pada Isnin berkata mana-mana syarikat yang didapati dalam audit melanggar peraturan harus dibatalkan permitnya.
Menteri perhutanan Indonesia berkata lebih awal pada Isnin bahawa negara itu akan membatalkan 22 permit penggunaan hutan yang meliputi lebih 1 juta hektar.
Permit yang dibatalkan termasuk lebih 100,000 hektar di Sumatra, tetapi menteri tersebut tidak mengaitkan pembatalan itu secara langsung dengan banjir.
Encik Prabowo juga berkata pada Isnin bahawa keadaan di Sumatra kini terkawal.

Sumber : Reuters/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.