Presiden Indonesia bertemu Biden dan bercakap dengan Trump, ikrar kerjasama
Presiden Prabowo tiba di Washington, langsung dari China, negara pertama yang dilawatinya selepas menyandang jawatan itu.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengadakan pertemuan di Rumah Putih pada Selasa (12 Nov).
Kedua-dua pemimpin menegaskan lagi tentang hubungan kukuh yang terjalin antara kedua-dua negara.
"Saya akan bekerja keras untuk mengukuhkan hubungan Indonesia-Amerika Syarikat, dan saya ingin berusaha ke arah ini supaya kita mempunyai kerjasama yang kukuh," kata Encik Prabowo.
Presiden Biden berkata mereka juga membincangkan tentang soal iklim, konflik Timur Tengah dan Laut China Selatan.
Presiden Prabowo tiba di Washington, langsung dari China, negara pertama yang dilawatinya selepas menyandang jawatan itu.
Washington melihat Indonesia, negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara, sebagai rakan kongsi penting dalam rantau di mana pesaingnya Beijing mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan yang mendalam.
Walaupun China adalah rakan ekonomi utama bagi Indonesia, Jakarta juga telah menjadi pembeli besar senjata AS, dan ia mahu menjual lebih banyak logam kepada Barat daripada lombongnya.
Semasa di Rumah Putih Presiden Prabowo mengatakan bahawa Indonesia akan tetap meneruskan dasar luar berkecuali di bawah pemerintahannya.
Indonesia berkata pada Isnin bahawa ia tidak mengiktiraf tuntutan China ke atas sebahagian besar Laut China Selatan, walaupun menandatangani perjanjian pembangunan maritim dengan Beijing.
"Kami terus menggalakkan Indonesia bekerjasama dengan pakar undang-undang mereka untuk memastikan sebarang perjanjian yang mereka buat dengan (Republik Rakyat China) adalah mengikut undang-undang antarabangsa, terutamanya Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut," kata jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre dalam satu taklimat media.
Presiden Prabowo sebelum itu memuat naik rakaman perbualannya dengan Presiden AS yang baru dipilih, Donald Trump bagi mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden.
Beliau bagaimanapun tidak segera menjawab apabila ditanya sama ada dijadualkan bertemu Encik Trump secara peribadi.
"Di mana sahaja anda berada, saya bersedia terbang untuk mengucapkan tahniah kepada anda secara peribadi," ujarnya dalam perbualan telefon itu.
"Kita boleh lakukannya, bila-bila masa anda mahu," balas Encik Trump.

Sumber : Agensi berita/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.