Presiden Indonesia akan daftar bertanding pilihan raya 2019
Rakyat negara demokratik ketiga terbesar dunia itu bakal keluar mengundi dalam pilihan raya pada April depan
Presiden Joko Widodo. (Gambar: Beawiharta/Reuters)
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo akan mendaftar secara rasmi sebagai calon dalam pilihan raya presiden 2019, esok (10 Ogos). Perkara itu menurut laman berita BeritaSatu.com.
"Esok pagi ... Saya dan calon naib presiden saya akan mendaftar di suruhanjaya pilihan raya," kata Encik Widodo. Namun, beliau tidak mendedahkan siapa calon naib presiden yang dipilihnya.
Rakyat negara demokratik ketiga terbesar dunia itu bakal keluar mengundi dalam pilihan raya pada April depan.
Calon-calon bagi jawatan presiden dan naib presiden diberi tempoh sehingga esok untuk mendaftar pencalonan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.