Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan susuli pelantikan sebagai PM Lubnan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague pada Selasa (14 Jan) mengumumkan presidennya, hakim Nawaf Salam telah meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan.

(Gambar: Reuters)
Encik Salam yang memegang jawatan sebagai Presiden ICJ pada 2024, secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta, menurut kenyataan akhbar ICJ.
Tempohnya sebagai hakim dan presiden ICJ pada asalnya dijadual berakhir pada 5 Februari 2027.
“Selaras dengan Artikel 14 Statut Mahkamah, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menetapkan tarikh pemilihan penggantinya oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan,” menurut kenyataan itu.
Hakim yang baru dipilih akan menjalani baki penggal Encik Salam.
Sebelum menyertai ICJ, Encik Salam pernah berkhidmat sebagai Duta dan Wakil Tetap Lubnan ke PBB di New York dari Julai 2007 hingga Disember 2017.
Sebagai Perdana Menteri Lubnan, Encik Salam diberi mandat untuk membentuk pemerintah baharu bagi negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.