Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Halimah gesa kerjasama lebih kukuh antara ASEAN & Kazakhstan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2023 04:48PM Dikemas Kini : 23 May 2023 09:59PM

ASTANA: Presiden Halimah Yacob mengalu-alukan kerjasama lebih erat antara Kazakhstan dengan ASEAN.

Beliau menambah kedua-dua rantau adalah sebahagian benua Asia yang lebih luas dan ada kepentingan serupa.

Puan Halimah berkata demikian di Universiti Nazarbayev di Astana, Kazakhstan di mana beliau dianugerahi ijazah kehormat.

Puan Halimah menekankan walaupun kedua-dua rantau mempunyai situasi yang berbeza, mereka ada cabaran-cabaran yang sama untuk ditangani bersama.

Contohnya, memanfaatkan pendidikan untuk meningkatkan para pelajar daripada latar belakang kurang bernasib baik.

Ini selain menggalak kesamaan jantina di tempat kerja, merubah pemikiran terhadap wanita serta memupuk dialog silang agama untuk menggalak keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Pada masa di mana banyak masyarakat menjadi semakin terasing dan berpecah belah, ia menjadi lebih kritikal untuk memikirkan apa yang menyatukan kita meskipun ada perbezaan serta memperbaiki mutu perbincangan, hubungan dan amalan sedang kita membina masyarakat lebih bersatu padu pada masa akan datang. 

"Saya percaya pengalaman Kazakhstan dalam bidang penting ini amat berguna bagi negara-negara lain," ujar Puan Halimah.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan