Presiden Filipina sahkan Sidang Puncak ASEAN diadakan pada Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berucap di Perhimpunan Agung PBB, 10 Mac 2026. (Gambar fail: Reuters/Brendan McDermid)
MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos mengesahkan bahawa Sidang Puncak ASEAN ke-48 dan Sidang Puncak Berkaitan akan diadakan di Cebu dari 8 hingga 9 Mei, menurut laporan media tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menurut Agensi Berita Filipina, Encik Marcos membuat pengumuman itu di Silang, Cavite, pada Jumaat (27 Mac).
Encik Marcos berkata meskipun krisis minyak masih berterusan berkaitan konflik di Timur Tengah, negara anggota ASEAN bersetuju bahawa mesyuarat itu perlu diteruskan.
Beliau berkata perbincangan akan tertumpu kepada bekalan petroleum dan produk petroleum, bekalan dan harga makanan, serta pekerja hijrahan.
Bagaimanapun, beliau berkata sidang puncak itu akan diperkecilkan kepada mesyuarat yang disifatkannya sebagai “minimum”.
Filipina memegang jawatan Pengerusi ASEAN bagi 2026.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.