Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Filipina buat lawatan pertama luar negara ke Indonesia, S'pura

Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos berlepas ke Indonesia pada Ahad (4 Sep) sempena lawatan pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan presiden pada 30 Jun lalu, lapor Xinhua.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Filipina buat lawatan pertama luar negara ke Indonesia, S'pura

Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos. (Gambar: AFP)

MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos berlepas ke Indonesia pada Ahad (4 Sep) sempena lawatan pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan presiden pada 30 Jun lalu, lapor Xinhua.

Encik Marcos akan mengadakan lawatan negara tiga hari ke Indonesia sebelum ke Singapura dari 6 hingga 7 September. 

"Lawatan ke negara jiran ASEAN adalah untuk memanfaatkan potensi hubungan perdagangan dan pelaburan," kata Encik Marcos sebelum berangkat ke Jakarta.

Ketika berada di Jakarta, Encik Marcos akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo. Kedua-dua pemimpin dijangka menumpukan perihal berkaitan hubungan dua hala serta perubahan persekitaran geopolitik.

Beliau dan Encik Jokowi bakal menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian yang meliputi bidang kerjasama penting, kata Encik Marcos.

Di Singapura, Encik Marcos akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 

Selain mengadakan perbincangan mengenai hubungan dua hala, ekonomi, isu serantau dan global, Encik Marcos dan Encik Lee akan menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian dalam bidang pencegahan keganasan serta privasi data.  

Singapura adalah rakan dagang penting Filipina di ASEAN dan sumber utama pelaburan yang diluluskan pada 2021. 

"Kerjasama ekonomi kami dengan Singapura sudah berkembang pesat sejak setengah abad lalu dan banyak lagi peluang sedang menunggu untuk dimanfaatkan kedua-dua pihak," ujar Encik Marcos.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan