Presiden FIFA tawar bantuan selesaikan masalah bola sepak negara, kata Presiden Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP/Yudha Prabowo)
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata pada Rabu (5 Okt) bahawa FIFA menawarkan bantuan untuk membantu menangani masalah bola sepak di negaranya selepas berbincang dengan ketua FIFA, Gianni Infantino berhubung rempuhan maut di stadium.
Dalam salah satu tragedi bola sepak paling dahsyat di dunia, ratusan peminat bola sepak dihempap ketika mereka cuba melarikan diri daripada stadium yang sesak di wilayah Jawa Timur Indonesia pada Sabtu (1 Okt) selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong Arema FC yang meluru ke padang, lapor Reuters.
Pihak berkuasa mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 131 orang maut dan 33 daripadanya adalah kanak-kanak.

BACA:
Presiden yang lebih dikenali sebagai Encik Jokowi berkata bahawa beliau sudah mengarahkan audit penuh ke atas stadium di seluruh negara untuk memastikan pematuhan kepada protokol keselamatan, lapor Reuters.
Encik Jokowi berkata beliau sudah berbincang melalui panggilan telefon pada Isnin (3 Okt) bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino, yang menawarkan sokongannya.
"Beliau berkata jika perlu, FIFA akan bantu memperbaiki pengurusan bola sepak Indonesia," katanya merujuk kepada Encik Infantino.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.