Skip to main content

Dunia

Presiden FIFA batal rancangan jual pegangan entiti pengurusan Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden FIFA batal rancangan jual pegangan entiti pengurusan Piala Dunia

Presiden FIFA Gianni Infantino. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Aug 2026 10:12AM
  • Presiden FIFA Gianni Infantino membatalkan cadangan penjualan 20 peratus pegangan dalam anak syarikat baharu FIFA Forward Enterprise bernilai AS$20 bilion.
  • Keputusan ini dibuat selepas cadangan tersebut mencetuskan perbalahan dan tidak lagi memenuhi matlamat asal FIFA.
  • Infantino menegaskan misi FIFA untuk menyatukan dan meningkatkan bola sepak kekal tidak berubah, walaupun cadangan itu tidak diteruskan.
  • FIFA akan menghimpunkan semula pihak berkepentingan untuk terus mengembangkan bola sepak, khususnya di negara yang memerlukan sokongan.
Dijana oleh AI
HAMILTON, Kanada: Presiden FIFA Gianni Infantino membatalkan rancangan untuk menjual pegangan dalam entiti yang menguruskan Piala Dunia selepas cadangan itu mencetuskan perbalahan, lapor Sky News pada Jumaat (31 Ogos).

Menukil kenyataan eksklusif ketua badan induk bola sepak dunia itu, laporan berkenaan menyebut Encik Infantino memutuskan bahawa inisiatif tersebut tidak lagi wajar diteruskan kerana menimbulkan terlalu banyak pertikaian.

“Selepas mendengar dengan teliti semua pandangan, jelas bahawa projek ini telah mencetuskan perpecahan yang menyebabkan ia tidak lagi memenuhi kepentingan matlamat asal, tanpa mengira tahap sokongan yang diterima,” kata beliau kepada Sky News, menurut Anadolu Ajansi.

“Matlamat kami sejak awal dan akan terus kekal adalah untuk menyatukan serta membawa peningkatan. 

“Cadangan ini tidak akan diteruskan,” katanya sambil menegaskan bahawa misi FIFA tidak berubah.

Encik Infantino berkata, beliau bercadang menghimpunkan semula pihak berkepentingan dengan matlamat untuk terus mengembangkan bola sepak di seluruh dunia, khususnya di negara yang paling memerlukan sokongan FIFA.

Menurut laporan itu, rancangan berkenaan melibatkan penjualan kira-kira 20 peratus pegangan dalam anak syarikat baharu FIFA Forward Enterprise, yang dianggarkan bernilai AS$20 bilion (S$25.6 bilion) kepada pelabur swasta.

Pada Selasa (28 Jul), FIFA mengumumkan rancangan menubuhkan anak syarikat bernilai AS$20 bilion bagi menguruskan Piala Dunia serta kejohanan lain anjurannya, dengan sehingga 20 peratus pegangan akan ditawarkan kepada pelabur luar.

Encik Infantino, 56 tahun, menjalinkan hubungan rapat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika kejohanan Piala Dunia tahun ini dan beberapa kali berusaha memperkukuh hubungan dengan Encik Trump, termasuk menyampaikan Hadiah Keamanan FIFA yang julung-julung kali diperkenalkan pada Disember 2025.
Sumber : Bernama/Agensi berita/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita