Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Erdogan isytihar Turki berkabung 7 hari susuli gempa dahsyat

Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari menyusuli gempa bumi dahsyat yang menimpakan kemusnahan besar di negara itu, menurut agensi berita TRT World.

"Bendera kami akan dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari 2023, di semua perwakilan negara kami dan negara asing," kata Presiden Erdogan.

Jumlah kematian di Turki meningkat kepada 2,379 (setakat jam 7.20 pagi waktu Malaysia), dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.

Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823.

Beribu-ribu lagi cedera, dan usaha pemulihan masih belum selesai.

Angka korban dijangka meningkat dengan ketara.

Gempa bumi 7.8 pada skala Richter pada awal pagi Isnin (6 Feb) menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan