Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Erdogan bertegas ancaman ke atas Masjid Al-Aqsa mesti dihentikan

Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Serbuan polis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis Timur yang diduduki satu tindakan yang "tidak boleh diterima" sama sekali, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu (5 Apr).

Beliau turut menggesa Israel agar menghentikan tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan.
"Pencerobohan dan ancaman terhadap kesucian dan kepentingan sejarah Masjid Al-Aqsa serta kebebasan beragama dan hidup rakyat Palestin mesti dihentikan," tegas Encik Erdogan dalam wawancara televisyen, lapor Agensi Anadolu. 

Kenyataannya itu dibuat berikutan ketegangan yang semakin memuncak selepas polis Israel menahan kira-kira 350 jemaah di kompleks Masjid Al-Aqsa.

"Kami akan terus berdiri teguh di sisi saudara Palestin kami dalam apa jua keadaan dan untuk melindungi nilai-nilai suci kami. Israel juga harus sedar perkara ini," katanya.

Sementara itu, Anadolu melaporkan bahawa Kementerian Luar Rusia turut menyuarakan kebimbangan dengan keadaan di Masjid Al-Aqsa dan menyifatkan apa yang berlaku di Baitulmakdis umpama "memusuhi semua agama di dunia."

Mosko turut menggesa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres untuk memberi perhatian yang teliti kepada penempatan Israel-Palestin. Negara itu juga menggesa agar mencari punca kepada tercetusnya keganasan baru di Palestin dan merangka cadangan bagi memulihkan kestabilan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan