Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Erdogan beri amaran Sweden 'jangan harap' sertai NATO jika benarkan perbuatan bakar Al-Quran

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menegaskan semula pada Rabu (1 Feb) bahawa Turki tidak akan membenarkan Sweden menyertai pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selagi ia membenarkan bantahan yang mencemarkan kitab suci Al-Quran.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Erdogan beri amaran Sweden 'jangan harap' sertai NATO jika benarkan perbuatan bakar Al-Quran

Gambar fail Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan (Gambar: Adem ALTAN/AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2023 07:37AM Dikemas Kini : 02 Feb 2023 09:08AM

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menegaskan semula pada Rabu (1 Feb) bahawa Turki tidak akan membenarkan Sweden menyertai pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selagi ia membenarkan bantahan yang mencemarkan kitab suci Al-Quran.

Turki, yang selama ini menangguhkan kelulusan keanggotaan Sweden dan Finland ke dalam pakatan tentera Barat itu, menjadi berang menyusuli siri bantahan di Stockholm oleh para aktivis yang membakar Al-Quran di luar Kedutaan Turki dan menggantung patung berupa Encik Erdogan.

Ia juga telah menangguhkan satu mesyuarat penting di Brussels yang sepatutnya membincangkan mengenai kemasukan kedua-dua negara Nordic itu ke dalam NATO.

"Sweden, jangan harap! Selagi anda membenarkan kitab suci Al-Quran untuk dibakar dan dikoyakkan, dan anda melakukannya bersama pasukan keselamatan anda, kami tidak akan katakan 'ya' kepada kemasukan anda ke dalam NATO," tegas Encik Erdogan dalam satu ucapan kepada para penggubal undang-undang parti pemerintahannya.

Pegawai pemerintah Sweden menjauhkan diri daripada bantahan itu, yang dicetuskan oleh seorang aktivis anti-Islam berhaluan kanan yang membakar beberapa naskhah Al-Quran di Stockholm dan Copenhagen, Denmark, sambil juga menegaskan bahawa bantahan itu dilindungi oleh kebebasan bersuara.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan