Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena Raja Charles naik takhta
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Jonathan Brady / POOL / AFP)
BEIJING: Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada Raja Charles selepas ditabalkan sebagai Raja Britain, lapor agensi berita rasmi Xinhua pada Ahad (11 Sep).
Dalam mesej yang dihantar pada Sabtu (10 Sep)Encik Xi berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Raja Charles untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan yang terjalin antara rakyat kedua-dua negara serta mengukuhkan komunikasi mengenai isu global.
Hubungan antara London dengan Beijing semakin memburuk sejak 10 tahun lalu dengan Perdana Menteri baru Britain, Liz Truss antara pengkritik utama China.
Encik Xi juga menarik perhatian ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun ini, menurut laporan Xinhua.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.