Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden China tidak akan hadir sidang puncak G20; PM China jadi pengganti

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden China tidak akan hadir sidang puncak G20; PM China jadi pengganti

Perdana Menteri China Li Qiang. (Gambar fail: Reuters/Florence Lo)

BEIJING: Kementerian Luar China mengesahkan, Presiden Xi Jinping tidak akan menghadiri sidang puncak G20 di New Delhi.

Sebaliknya, Perdana Menteri China Li Qiang akan hadir bagi mewakili China.

Ini adalah kali pertama seseorang Presiden China tidak menghadiri sidang puncak G20.

Presiden Amerika Joe Biden sebelum ini berkata, beliau kecewa kerana Encik Xi tidak akan hadir.

Namun, beliau tidak menyatakan bila beliau dapat bertemu dengan Presiden Xi pada masa hadapan.

Presiden Xi sebelum ini telah menghadiri setiap sidang G20 sejak mengambil alih kuasa.

Hanya pada 2021, Presiden Xi mengikuti sidang G20 di Rome menerusi persidangan video.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di sidang puncak G20 di Indonesia, November lalu.

Hubungan dua hala menunjukkan kemajuan ketika itu, tetapi merosot selepas kejadian belon pengintip China yang didakwa terbang di ruang udara Amerika Syarikat.

Ia semakin rumit selepas China menerbitkan peta baharu minggu lalu, yang menimbulkan pertikaian.

India adalah negara pertama mengemukakan bantahan rasmi, kerana China menuntut wilayah yang dipertikaikan di kawasan Himalaya.

Malaysia, Filipina dan Vietnam juga menolak peta itu kerana ia dilihat memperluaskan tuntutan Beijing ke atas wilayah-wilayah di Laut China Selatan.
 
Sumber : AGENCIES/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan