Presiden China sedia bekerjasama dengan AS bagi faedah bersama
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden China Xi Jinping akan merasmikan Kongres Parti Komunis China yang ke-20 pada 16 Okt 2022. (Gambar: Noel CELIS/AFP)
BEIJING: Presiden Xi Jinping berkata China sedia bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mencari jalan bagi faedah bersama, menurut televisyen negara China pada Khamis (27 Okt), menjelang kemungkinan pertemuannya bersama Presiden AS Joe Biden di Indonesia.
Sebagai kuasa besar dunia, China dan AS harus memperkukuhkan komunikasi dan kerjasama untuk membantu menyediakan kestabilan kepada dunia, kata Encik Xi dalam satu perutusan sempena acara Jawatankuasa Nasional mengenai Hubungan AS-China pada Rabu (26 Okt).
Kedua-dua negara berselisih pandangan dalam soal dasar China terhadap Taiwan, hubungan China dengan Rusia, selain usaha AS menghalang syarikat semikonduktor negara itu menjual teknologi kepada syarikat China.
Beijing juga baru-baru ini menzahirkan rasa marah terhadap lawatan beberapa anggota parlimen AS ke Taiwan. Menurut China Amerika Syarikat menghantar "isyarat berbahaya" berhubung pulau itu, yang didakwa China sebagai miliknya.
Encik Xi, yang baru sahaja memperoleh sokongan untuk mentadbir negara itu bagi penggal ketiga, mengecam campur tangan asing ke atas Taiwan dan baru-baru ini berkata China tidak akan pernah melepaskan hak untuk menggunakan kekerasan ke atasnya.

Encik Biden pada Rabu (26 Okt) berkata "Amerika Syarikat tidak mahu mencetuskan sebarang konflik dengan China".
Encik Xi dan Encik Biden dijangka menghadiri Sidang Puncak G20 di Bali, Indonesia pada November, namun tiada maklumat rasmi dikeluarkan mengenai kemungkinan berlaku pertemuan antara kedua pemimpin tersebut.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.