Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden China enggan luluskan vaksin Barat meski berdepan ancaman tunjuk perasaan

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pemimpin China, Xi Jinping, enggan meluluskan vaksin Barat meskipun berdepan dengan cabaran COVID-19.

Walaupun tunjuk perasaan baru-baru ini tidak memberi ancaman terhadap pemerintahan Parti Komunis, ia boleh menjejas reputasi Presiden Xi, kata Pengarah Risikan Nasional Amerika Syarikat (AS), Avril Haines pada Sabtu (3 Dis).

Meskipun kes harian COVID-19 di China hampir mencecah paras tertinggi, beberapa bandar mengambil langkah untuk melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin selepas dasar sifar COVID-19 Encik Xi mencetuskan kelembapan ekonomi yang mendadak dan pergolakan awam.
Encik Haines yang berucap di Forum Pertahanan Nasional Reagan tahunan di California berkata, meskipun terdapat kesan sosial dan ekonomi disebabkan virus itu, Encik Xi "tidak bersedia untuk memperoleh vaksin yang lebih baik daripada Barat dan sebaliknya bergantung kepada vaksin di China yang tidak begitu berkesan terhadap Omicron".

China belum pernah meluluskan mana-mana vaksin COVID-19 keluaran luar negara dan memilih untuk menggunakan vaksin yang dikeluarkan secara tempatan. Beberapa kajian menunjukkan vaksin itu tidak begitu berkesan berbanding vaksin luar negara.

Ini bermakna pelonggaran langkah pencegahan virus boleh mendatangkan risiko besar, menurut pakar.

Rumah Putih awal minggu ini menyatakan China tidak meminta vaksin daripada Amerika Syarikat.

Seorang pegawai AS memberitahu Reuters "tidak ada jangkaan pada masa ini" bahawa China akan meluluskan vaksin barat.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan