Presiden Bulgaria lantik PM sementara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
SOFIA: Presiden Bulgaria Iliana Iotova melantik Andrey Gurov sebagai Perdana Menteri sementara, menurut kenyataan pejabat media Iotova pada Rabu (11 Feb), lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu, Cik Iotova akan menugaskan Encik Gurov untuk mengusulkan pembentukan pemerintah sementara dalam satu majlis khas pada Khamis (12 Feb).
Perlembagaan negara itu tidak menetapkan tempoh masa khusus untuk Perdana Menteri sementara membentangkan senarai Kabinet, tetapi ia lazimnya mengambil masa kira-kira seminggu.
Jika Cik Iotova meluluskan cadangan beliau, pemerintah sementara berkenaan akan menggantikan kerajaan gabungan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Rosen Zhelyazkov, yang meletakkan jawatan pada Disember.
Sementara itu, mengikut perlembagaan, presiden dikehendaki menetapkan tarikh pilihan raya parlimen awal yang mesti diadakan dalam tempoh dua bulan.
Encik Gurov kini adalah Timbalan Gabenor Bank Negara Bulgaria (BNB).

Sumber : Bernama/LL/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.