Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Biden ucap selamat menyambut Aidilfitri kepada umat Islam

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Wanita Pertama Jill Biden mengucapkan selamat menyambut Adidilfitri kepada umat Islam di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.

Hari pertama sambutan Aidilfitri jatuh pada Isnin di sebahagian besar negara-negara Islam dunia, yang menandakan berakhirnya bulan mulia Ramadan.

"Semasa umat Islam di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia mengakhiri bulan Ramadan dan meraikan Aidilfitri, Jill dan saya menyampaikan ucapan selamat menyambut bagi mereka yang meraikannya," kata Encik Biden dalam satu kenyataan, menurut Agensi Anadolu.

"Semasa umat Islam merentasi AS meraikan Aidilfitri, marilah kita memperbaharui dedikasi kita kepada komitmen asas untuk berperanan sebagai punca harapan bagi golongan yang tertindas di seluruh dunia," katanya.

Pada Isnin, Rumah Putih akan menyambung semula tradisi meraikan Aidilfitri dan mengiktiraf umat Islam "yang mengetuai usaha untuk menjana persefahaman lebih baik dan perpaduan merentasi negara kita".

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan