Presiden Biden tiada rancangan tarik balik sekatan ke atas China

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berucap sewaktu sidang media menyusuli Sidang Puncak G7 di Hiroshima, Jepun pada 21 Mei 2023. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin (22 Mei) berkata, beliau tidak akan menarik balik sebarang sekatan yang dikenakan ke atas China di tengah-tengah rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Presiden Xi Jinping, lapor Sputnik.
"Tidak, saya tidak akan melonggarkan sekatan," kata Encik Biden ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk melonggarkan beberapa sekatan ke atas China untuk memperbaiki hubungan dengan Beijing, termasuk sekatan ke atas Menteri Pertahanan China.
BACA:
Encik Biden pada Khamis (18 Mei) berkata, beliau akan bertemu dengan Encik Xi tanpa mengira sama ada pertemuan itu diadakan tidak lama lagi atau sebaliknya.
Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata kementerian itu tidak mempunyai maklumat mengenai kemungkinan komunikasi antara Encik Xi dan Encik Biden di sebalik kenyataan dibuat oleh kedua-dua pemimpin tersebut.
Minggu lalu, Encik Biden berkata persediaan untuk perbincangan antara beliau dan Encik Xi sedang diaturkan selain meluahkan harapan agar perbincangan itu akan membuahkan hasil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.