Presiden Biden ikrar basmi sentimen anti-Muslim; anjur jamuan Aidilfitri di Rumah Putih

Gambar: Nicholas Kamm / AFP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan isterinya kembali mengadakan majlis jamuan Aidilfitri di Rumah Putih selepas Pentadbiran Donald Trump membatalkannya.
Acara ini diadakan semula sesuai dengan janji Encik Biden semasa berkempen untuk menjadi Presiden.
Namun tahun lalu beliau terpaksa mengadakan acara ini secara maya kerana pandemik COVID-19.
Dalam ucapannya kepada ratusan tetamu, Presiden Biden menegaskan tiada sesiapa pun yang patut menjadi mangsa diskriminasi atau penindasan kerana agama mereka.
Presiden Biden juga berkata masyarakat Muslim Amerika telah menjadikan negara itu terus kuat walaupun mereka masih menghadapi cabaran dan ancaman dalam masyarakat negara itu.
Ia termasuk menjadi sasaran keganasan dan sentimen anti-Muslim atau kebencian Islamophobia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.