Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Biden dapat dos penggalak kedua

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Biden dapat dos penggalak kedua

Presiden Joe Biden menerima dos penggalak kedua COVID-19. (Gambar: Anna Moneymaker / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menerima dos penggalak kedua COVID-19 pada Rabu (30 Mac), sekali gus mengambil peluang untuk menggesa Kongres supaya membiayai tindak balas pentadbirannya dalam menangani virus itu.

Presiden Biden, 79 tahun, termasuk dalam kategori rakyat Amerika yang dibenarkan pengawal selia kesihatan AS untuk menerima dos penggalak kedua, termasuk warga dewasa 50 tahun ke atas, lapor agensi berita Anadolu (AA).

Sehubungan itu, Encik Biden turut mengumumkan pembentukan laman web COVID.gov, yang akan menjadi "pusat sehenti" bagi rakyat Amerika mencari "apa yang mereka perlukan untuk mengatasi virus itu."

Ia termasuk vaksin dan dos penggalak percuma, ujian kendiri percuma, pelitup dan maklumat mengenai penularan virus dalam masyarakat.

Pun begitu, Presiden Biden menekankan perlunya Kongres membiayai tindak balas pentadbirannya terhadap virus itu "dengan segera" kerana beberapa program sama ada berisiko kehabisan dana dalam masa terdekat atau sudah dikurangkan.

Baru minggu lalu dana yang diperuntukkan untuk memastikan rakyat Amerika tanpa insurans boleh menerima ujian percuma COVID sudah kering. Penduduk kini mungkin perlu membayar melebihi U$100 (S$135.34).

Keadaan itu amat membimbangkan ketika kes virus mula meningkat semula di AS disebabkan subvarian BA.2 Omicron yang meningkat di negara tersebut.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan