Presiden Biden beri bayangan mungkin bertanding bagi penggal kedua
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Anna Moneymaker/Getty Images via AFP)
WASHINGTON:Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata masih ada masa untuk memutuskan sama ada akan bertanding bagi penggal kedua pada 2024 atau sebaliknya, lapor Sputnik.
"Saya belum membuat keputusan rasmi tetapi mempunyai hasrat untuk bertanding semula dan masih ada masa untuk membuat keputusan," kata Presiden Biden dalam wawancara yang disiarkan MSNBC pada Jumaat.
Encik Biden yang bakal mencecah usia 80 tahun bulan depan berkata isterinya turut menyokong hasratnya untuk bertanding.
NBC pada bulan lalu melaporkan Presiden Biden dikatakan sudah pun menyusun strategi untuk menjalankan kempen pemilihan semulanya yang dipercayai bakal mencontohi kempen Bill Clinton pada 1996 sebagai usahanya bagi memenangi pemilihan 2024.
Dua presiden dari Democrat, Clinton dan Barack Obama, kedua-duanya berjaya dipilih semula untuk penggal kedua. Tiada presiden dari Democrat gagal mempertahankan jawatan untuk penggal kedua, selama lebih 40 tahun sejak Presiden Jimmy Carter pada 1980.

Sumber : Bernama/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.