Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Biden alu-alukan ketibaan PM Kishida di sidang puncak Rumah Putih

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Biden alu-alukan ketibaan PM Kishida di sidang puncak Rumah Putih

Presiden Amerika Joe Biden dan Wanita Pertama Jill Biden mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida serta isterinya Yuko Kishida ke Rumah Putih di awal lawatan negara Encik Kishida ke Washington pada 9 Apr 2024. (Gambar: Anna Moneymaker / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images menerusi AFP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Joe Biden dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida akan memaparkan kerjasama yang kukuh dan berkembang dalam lawatan negara Encik Kishida ke Rumah Putih pada Rabu (10 Apr). Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada kerjasama pertahanan bersama dalam membendung kuasa China.

Sidang tersebut membuka tirainya dengan upacara ketibaan rasmi di White House South Lawn, disusuli dengan satu mesyuarat tertutup, sidang media bersama yang dirancang di Rose Garden, satu majlis jamuan malam dan persembahan oleh pemuzik Paul Simon.

Encik Kishida bakal berucap di Kongres Amerika pada Khamis dan menyertai Encik Biden serta Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dalam satu mesyuarat yang dijangka akan memberi perhatian kepada kegiatan Beijing di Laut China Selatan.

Amerika dan Jepun telahpun memeterai kira-kira 70 perjanjian berhubung kerjasama pertahanan, termasuk langkah-langkah untuk menambahbaik struktur markas tentera Amerika itu di Jepun, agar ia dapat bekerja dengan pasukan Jepun dengan lebih baik sekiranya dilanda krisis.

Encik Biden dan Encik Kishida juga dijangka mengumumkan langkah-langkah untuk membenarkan lebih banyak pembangunan bersama berhubung peralatan tentera dan pertahanan.

Kedua-dua pemimpin itu mengumumkan rancangan bagi melaksanakan misi dan projek angkasa lunar bersama untuk berkerjasama berhubung kajian kercedasan buatan, menurut pegawai Amerika.

Jepun kini, akan menjadi "rakan kongsi global sepenuhnya" dengan Amerika Syarikat, dengan pengaruhnya menjangkaui rantaunya dan ke Eropah dan Timur Tengah, jelas pegawai pentadbiran Encik Biden kepada wartawan pada Selasa, dalam menyimpulkan perjanjian tersebut.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan