Skip to main content

Dunia

Presiden baharu Sri Lanka ikrar 'lakar semula' sejarah negara

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden baharu Sri Lanka ikrar 'lakar semula' sejarah negara

(Gambar fail: Ishara S. Kodikara / AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2024 12:00PM Dikemas Kini : 23 Sep 2024 12:29PM
SRI LANKA: Sri Lanka akan melantik seorang pemimpin baharu hari ini (23 Sep).

Penggubal undang-undang berhaluan kiri Anura Kumara Dissanyake akan mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Sri Lanka, selepas meraih kemenangan dalam pusingan kedua kiraan undi.

Beliau menggesa pilihan raya umum diadakan di samping mengundang rakan-rakan senegara supaya "melakar semula sejarah" Sri Lanka.

Encik Dissanyake meraih 42 peratus daripada keseluruhan undi, iaitu hampir 1.3 juta lebih banyak berbanding pesaing terdekatnya iaitu ketua pembangkang Sajith Prema-dasa.

Keputusannya dibuat menyusuli pusingan kedua kiraan undi selepas dua calon utama gagal mendapatkan lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama.
Sumber : Agensi berita/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita